Bengkel Asas Shopee Bersama Usahawan Di Pusat Internet Gunung Hilir

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Bengkel Shopee Yang Diadakan Di Pusat Internet Gunung Hilir Pada 7 Februari 2020 Yang Lalu Adalah Dengan Kerjasama Pusat Internet Jerlun Dan Pusat Internet Napoh. Bengkel Ini Dihadiri Oleh 4 Orang Usahawan Dari Sekitar Komuniti Setempat.

Bengkel Shopee Ini Diadakan Bertujuan Untuk Memberi Pendedahan Kepada Usahawan Tentang Bagaimana Menjual Dan Memasarkan Produk Melalui Salah Satu Platform Online Iaitu Shopee. Peserta Juga Diberi Tunjuk Ajar Tentang Cara Membeli Dan Menjual Produk Secara Berhemah Dan Selamat.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan Adalah Melibatkan Proses Mendaftar Akaun Baru, Cara Memasukkan Produk Jualan, Cara Membuat Pembelian Produk, Cara Menggunakan Perbankan Online Dan Seterusnya Cara Mengepos Produk Supaya Selamat Diterima Oleh Pembeli. Bengkel Ini Berlangsung Selama 4 Jam Dan Berakhir Pada Jam 1.00 Tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali